PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Thursday, April 1, 2010

Dendam Lama

Ketika menadah kedua tangan
Ketika sujud menghadap Tuhan
Ketika lidah kelu dan kaku
Tiada madah dapat di bicarakan
Hanya pasrah pada kudrat...

Doa dalam hati tidak pernah bernoktah
Agar dendam yang membeku
Menjiwai segenap darah dan daging
Dendam membara yang tak pernah padam
Pada insan bergelar lelaki!
Benci menebal pada insan bernama suami
Yang dipanggil ayah!

Dendam lama masih menghantui
Biar zaman saling berganti
Mengharap kehancuran baginya
Kerana menghancurkan hidupnya!

Namun taubat mengamit diri
Siapalah dia yang harus menghukum
Siapalah dia yang harus mendendam
kerana cuma manusia biasa
Punya hati yang hanya segenggam
Nyawa hanya pinjaman!

Taubat mengamit terus
Doa terus dipanjatkan
Agar lembut hati yang waja
Agar sejuk jiwa yang marah
Agar memaafkan kesalahan yang kecil
Agar cair dendam lama.


Labuan - 6 march 2010