PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Monday, April 13, 2009

RINDU


Sendirian di sini...
Merenung ombak membelai pantai
Lemah suria membenam diri pada hujung senja
Dingin bayu senja menyapa diri
Hati terusik
Rindu mengamit.

Sendirian di sini
Merenung rembulan mula bercahaya
Senja mengundur diri
Sesekali keheningan malam terganggu
Pada ombak menghempas diri
Hati menjadi sayu
Kerinduan terus mencakar .

Rindu
aku rindu pada tawa ria anak anakku
Aku rindu pada segala karenah nakal mereka
Aku rindu pada kehadiran mereka
Dan sesal mula menghantui diri
Kerana pernah melukakan hati mereka.



Kota Kinabalu
13th april 2009

IBU


Ibu,

Air mata ini tumpah lagi...

Setiap kali mengenangmu...

Mengenang titik peluh,

airmatamu yang tumpah...

Menghargai setiap pengorbananmu...

Siapalah kami tanpamu...


Ibu...

Tiada apa yang dapat membalas semua jasamu...

hanya dengan kasih yang mungkin sukar untuk diungkapkan...

hanya dengan ucapan terima kasih yang mungkin tiada nilainya...

Namun ketahuilah Ibu,

Walau dengan kealpaan kami meneroka kehidupan...

Betapa kami jauh darimu...

Biar engkau tidak selalu berada disisimu...

Tidak pernah sekali pun cinta ini padam untukmu...



Sandra Rich

Hawaii, 12th April 2009

Friday, April 10, 2009

Kesedihan


Mengenang nostalgia lalu
Membuat hati ibu dan ayah riang
Warna warna kebahagian dan kegembiraan
Membaluti satu harapan
Suatu hari kau bakal menjadi insan berguna
Menjadi kekuatan buat ibu dan ayah.
Mengingati kembali bagaimana kau membesar
Mewah dengan kasih sayang dan perhatian
Harapan ibu dan ayah bertambah kental
Kau tetap berjaya dan berbahagia.
Merenung kembali hari-hari berlalu
Bagaimana kasih dan sayang
Tumpah padamu tanpa dikira nilainya
Mahu mempastikan kau tidak bakal kecewa
Tidak akan menderita
Ilmu tidak kurang dilimpahkan.
Namun...
Sekelip mata masa berlalu
Anak yang sesuci kain putih
Bertukar menjadi warna yang pudar
Sekilas pandangan kau terjatuh
Terjerumus dalam kancah najis najis jijik
Betapa hancur hati ibu dan ayah.
Tiada siapa yang dapat menawarkan kesedihan itu
Tiada siapa yang dapat menghiburkan jiwa itu
Tiada sapu tangan yang cukup tebal
Buat mengeringkan deraian air mata ibu
Buat menyambut titis air mata si ayah.
Sesal ibu dan ayah tiada bertepi
Mengapa sekilas pandang kau berubah
Perjalan hidup ibu dan ayah terlalu siksa
Setiap langkah bagai sumpah seranah
Berperang dengan kekecewaan dan penyesalan
Sesalan tiada bertepi
Mengapa hidup harus begini
Berakhir dengan kesedihan
Sedangkan kau adalah harapan mereka
Kekuatan mereka
Syurga mereka yang bertukar menjadi neraka!
Kota Kinabalu
11 April 2009

Thursday, April 9, 2009

Sesekali jenguk kebawah....

Hari ini ada cerita lagi...
Bakal menghiasi sejarah kita
Barisan Kabinet baru
Mewarnai alam politik negara
Apapun...
Kita ini sama seperti kemarin
Masih begini
Esok???
Mungkin masih begini
masih mencakar
mempastikan dapur terus berasap!

Dan apapun...
Kami mengucapkan tahniah
Pada barisan pemimpin baru
Warnailah negera kami cintai ini
Dengan keamanan
Dengan kebijaksanaanmu
Terajui negara kita
Seperti yang dijanjikan dulu.

Tahniah!!!
Dan melangkah terus maju
sesekali pandang ke bawah
Toleh juga kebelakang
Tinjau kiri dan kananmu
Jangan terus mendongak keatas
Dan...
Lupa kami masih ada di sini...
Tahniah dan semoga diberkati selalu.

Kota Kinabalu
9 April 2009

Tahniah!




Tahniah!

Sekeping Ijazah segenggam harapan

Pasti hari ini senyummu berbunga

Mewarnai impianmu.

Pasti ini bukan lagi sekadar impian

Tetapi realiti

Menawarkan jerih pahitmu

Sedih dan kekusutanmu

Kemarahan dan sesal

Masa bertarung demi cita-citamu!




Tahniah!

Kami tumpang senang

Tumpang gembira

Jiwa kamipun berbunga-bunga

Bangga atas pencapaianmu

walau tidak merasai sepenuh bebanmu.




Kini...

Kedua kakimu sudah melangkah keluar

Dunia ini bakal kau terokai sendiri

Sekeping ijazah dan harapanmu

Jadikan bekal untuk meneruskan

Halatuju yang cerah.




Yang pasti...

Hari ini adalah kebahagian

dan kebangaan bagimu

dan bagi kami juga

dan kudengar keluhanmu

Terasa penderitaan itu sudah berbaloi.





(UNISA) ADL. Australia

April 1st 2009

Sunday, April 5, 2009

Dingin...


Aneh!
Kalau panas kita merunggut
Kalau hujan kita marah
Kalau mendung kita risau!

Di sini semua aneh!
Sekejap panas
Sekejap hujan
sering saja sejuk
Pasti kita marah!

Tapi...
Home sweet home..
Aku mau balik saja
Tidak tahan pada sejuknya kotamu.


Melbourne, AU
April 5th 2009

kasih sayang

Sekali lagi...
Kurasa di sini ada kasih sayang
Walau kau kata kota ini kota tidur
Namun ini di sini tempat kita merasa
Anak anak disayangi
Warga tua dikasihi
Dan para belia berhijrah
Mencari kehidupan yang lebih rancak
Selapas menimba ilmu untuk berdikari.

Sekali lagi...
Kutemui kemesraan
Walau berlainan warna
Bercanggah budaya
Namun masih ada nilai yang manis.


Jetty Road Adelaide, AU
31st March 2009.