PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Sunday, June 12, 2011

Harapanku

HARAPANKU

Hari ini aku menghitung hari lagi
Lusa, tahun ini akan meninggalkanku
Meninggalkan aku bersama parut parut luka
Yang tak bisa sembuh sampai bila bila
Dan lusa, tahun baru bakal memperkenalkan diri
Mungkin membawa harapan baru.

Insan menganyam azam baru
Menyimpul satu harapan menghijau
Agar hari-hari mendatang bakal terus cerah
Bahagia terus menemani diri sepanjang hari
Namun…
Aku masih seperti ini.

Dan….
Hari ini aku menghitung cerita lama
Terlalu banyak yang manis
Terlalu banyak yang pahit
Terlalu banyak harapan terkulai
Terlalu banyak janji di lupakan
Dan aku mula menghitung rasa
Berapa banyak air mata yang mengalir
Berapa dalam luka di hati
Berapa berapa sesal didada
Dan …berapa banyak jiwa yang telah aku lukai
Namun tidak sempat memohon kemaaafan.

Aku juga punya rasa
Punya keinginan
Punya azam membina harapan baru
Tidak kuasa menahan diri dari bertanya
Apa kah bahagia bakal menjelang tiba
Apakah hari-hari esok bakal menyinari hidupku
Bakal tercapaikah impianku
Atau ia seperti tahun ini juga?

Hari ini aku menghitung hari
Menghitung rasa
Ingin sajaku lupakan derita lama
Ingin saja aku membalut lukanya
Dengan titik bahagia yang pernahku lalui
Agar ia dapat menawarkan sakit dijiwaku
Yang sudah berjauh hati
Sudah hampir hilang harapan.

Saturday, June 4, 2011

Terpegun

Terpegun!
Lidah kelu tak bisa berbicara
Hanya perasaan berbaur seribu rasa
Keinsafan dan persoalan
Membalut seluruh jasadku.

Ada kesepian disini
Ada keimanan bercambah
Ada penyesalan bertapak.

Tauhid dan Sejarah yang pernahku baca
Lembar-lembar yang mungkin hanya bahan bacaan
Namun ketika berada disini
Terbayang insan-insan mulia
Para Nabi dan Rasul pilihan Tuhan.

Berada di tanah tinggi yang dilalui Nabi Musa
Ketika diturunkan amanat oleh Tuhan
Agar manusia berhenti menyembah berhala
Dan kembali kejalan yang benar
Airmata terus mengalir
Terbayang keperitan, percobaan dan keimanan
Di padang pasir yang kosong ini
Menyimpan berjuta cerita
Perjuangan, dakwah dan sengketa berkurun dahulu.
Dan…Aku hanya bias menyusun jari, menadah
Bersyukur kerana dapat memijak tanah suci ini.

Wednesday, April 6, 2011

SOPINSODU MIAGAL DITI

Au noilaan...
Sopinsodu miagal diti
Momovusod toinsanan timpu
Nga pomuhandam di omis pomolingos
Do langad.

Sopinsodu miagal diti
Somoonu momosurou oku
Langad toi nangku doho?
Toiko linihuan aku dika
Au noilaan!!!


Kota Kinabalu
April 2011

LANGADON OKU DIKA

Somoonu...
Langadon tomod oku dika
Kakal au kotorimo do katapatan

Somoonu...
Kakal opurimanan rinuol id lahawaku
Soira nokotorimo tapapnu kumoinsan nogi
Kakal opurimanan do hino kod hiti
Langadon tomod oku dika

Somoonu...
Koruba oku do tanak vagu
Ih avantang koongoi-ongoi do turosnu
Ginawoku osodu
Langadku mimbulai
Tinomod nangku do Kinoingan
Momonsoi tulun di miagal do kouvoson
Moi do langad om kinatagakan
Olingasan tosisikap.

Somoonu...
Sosolonku
Kasalaan dit winonsoiku
Ih nokoumbal do momonsoi
Ganit id ginavonu
Romounu di lumuyung.


Ranau, November 2010.

Sunday, April 3, 2011

Selamat Tinggal Gonsurai

Bukan senang untuk mengucapkan
Selamat Tinggal padamu Gonsurai
Suatu ketika dahulu...
Padamu tempat kami berhubung
Padamu tempat kami mengadu

Bukan kami lupa daratan
Bukan kami tidak menghargaimu
Nenek moyang kami yakin padamu
mentera dan petuamu
Jadi panduan dan pelita
Oleh nenek moyangku

Namun tiba masaku
Aku terpaksa mengucap selamat tinggal
Kerana peredaran zaman
Selamat tinggal Gonsurai
Walau kami tidak menganggumu lagi
Namun kami masih menyimpan
Khazanahmu, kepercayaan nenek moyang
Menjadi warisan buat jenerasi baru
Bahawa suatu ketika dulu
Padamu tempat nenek moyangku mengadu
Kepadamu tempat nenek moyangku memohon perlindungan.

Gaung toitom, Sunduk toitom, Sundavang, Kombuongoh
Tetapku simpan sebagai
Warisan pusaka
Yang tinggi nilainya!

Tumodoo kono Gonsurai...


Kota Kinabalu
March 2011

Monday, October 25, 2010

Vusak Togingo

Kasihku berputik disini
Dikaki gunung Kinabalu
Aku mengerti apa itu kepedihan
Apa itu kerinduan
Dan...
Apa itu kehilangan.

Vusak kasihku bersemi disini
Cinta mekar
Sayang bercambah
Namun...
Apakah ia tidak akan layu?

Vusak kasihku
Vusak Togingo
Indah seperti kabus pagi
Menyelebungi puncak Kinabalu
Seperti mendakapnya
Dan...
Tidak mahu berpisah buat selamanya.

Monday, September 6, 2010

Itu hasil percintaan kamu

Jiwaku panas membara
Panas bagai tumpahan lava gunung berapi
Jiwa ini sedih terseksa
Pilu yang teramat ngeri
Melihat anak tidak berdosa
Dibuang seperti sampah!

Tidak adakah rasa sesalmu
Tidak tersentuhkan jiwa halusmu
Mengapa tergamak membuat keputusan
kerana malu, nyawanya kau korbankan!

Salahkah kalau kau dipanggil berjiwa setan
Kerana memanggilmu binatangpun tidak layak
Kerana binatang tidak pernah membunuh anaknya
Malah melindunginya dengan penuh kasih sayang!

Jangan bunuh mereka
Mereka terjadi hasil dari percintaan kamu
Dua insan yang saling mengasihi
Kenapa kau bunuh anak itu
Itu hasil kasih sayang kamu
Kalau tidak mampu menyayanginya
Berilah pada insan yang memerlukan.


Tawau - 24/08/2010