PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Wednesday, March 11, 2009

Rindu pada permata hatiku

Terdesak hati saya untuk mencoretkan perasaan seorang ibu yang sudah berusia lebih separuh abad yang saya temui di depan sebuah sekolah berdekatan dengan perhentain bas kota kinabalu kelmarin petang. Matanya liar melihat anak-anak sekolah berkeliaran seperti ayam terlepas dari kandang bila loceng sekolah berbunyi menandakan waktu belajar sudah tamat.

Ketika mendengar keluhan hatinya, saya letakkan diri dalam dirinya dan jiwa saya tersentuh, ikut sebak dan ikut mengalirkan airmata.

Andai perkara begini terjadi pada saya, alangkah hancur hati saya dan saya tidak mungkin seteguh hatinya. Malang yang menimpa diri ibu itu, menyedarkan saya dan berkali kali saya berdoa dalam hati, janganlah anak-anak saya buat begitu pada saya dan saya juga bersyukur kerana sehingga menghembuskan nafas terakhir, ibu saya sendiri tidak pernah kami layan seburuk itu. Saya dapat rasakan ibu saya berbahagia dan sehingga akhir hayatnya, kami telah menunjukkan kasih sayang yang mendalam walaau tidak dapat membalas walau setitikpun deritanya membesarkan kami, namun kami tidak pernah membuatkan airmatanya mengalir kerana gagal meyayanginya.

Subuh tadi, saya bangun awal kerana masih teringat pada ibu tua itu dan lahirlah sebuah puisi khas untuk ibu itu yang kini menetap di rumah Warga Tua di Sri Pritchard.

Sebelum meninggalkan saya dan menaiki bas Papar, dia menyesal kenapa anak -anaknya tidak pernah menjenguk dia dan dia menyesal dan sering bertanya pada dirinya, dimana letaknya kesalahan dirinya sebagai ibu tunggal ketika membesarkan anaknya.


Rindu pada permata hatiku.

Hari ini aku menangis lagi
Rindu pada anak-anak mengamit kudatang kemari
Duduk diantara puluhan anak-anak sekolah
Yang menunggu di jemput oleh ibu dan ayah mereka
Melihat karenah mereka
Merasai kemesraan mereka
Melihat kenakalan mereka.

Hati ini tersentuh lagi
Nostalgia lalu datang menghijau
Terkenang pada permata-permata hatiku
Merekapun sama seperti ini
Dibesarkan dengan penuh kasih sayang
Walau terkadang kulit kaki mereka tercalar
Bekas-bekas rotan
Kerana aku mahu mereka menjadi insan yang baik
Tanpa kusedari mereka sudah dewasa
Sudah berjaya mengejar impian!

Namun disebalik kejayaan
Mereka lupa pada sejarah lalu
Mereka lupa pada asal usul
Mereka lupa pada ibu ini
Yang sentiasa menyayangi dan merindui mereka.

Sampai bila aku disini
Melihat anak-anak orang mendewasakan diri
Sedangkan permata-permata hatiku
Sudah jauh melupakan aku
Bertanya kabarpun tidak
Apa lagi menjengukku
Yang tinggal meneguk simpati dari orang lain
Yang hanya mampu menangisi takdir.

Selagi telaga air mata belum kering
Air mata tetap penghibur hati
Terbuang disini
Entah ...
Adakah mereka masih ingat
Ada sekeping hati kerinduan
Sekeping harapan menebal
Inginkan pelukan dari anak-anak
Yang kini sudah alpa.

No comments:

Post a Comment