PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Tuesday, May 12, 2009

Mungkinkah?



Mungkinkah penderitaan ini terlalu berat
Membebani diri
Memenuhi ruang segumpal fikiran
Ataukah memori ini sudah penuh
Sehingga tidak dapat terus berfikir
Entah !
Mungkinkah jasadku
Terlalu menderita
Mengasihani diri yang terus dilanda bebanan
Air mata jatuh membasahi pipipun
Sudah tidakku sedari
Apakah diri ini betul betul berjauh hati?

Entah!
Aku sendiri tidak menyangka
Air mata terus mengalir tanpa ada kesedihan dalam diri
Apakah aku sudah terlalu sebati dengan derita
Sehingga aku tidak merasakan keperitannya
Dan jasadku terus merintih!

Hairan...
Tanpa mimpi sedih aku menangis dalam tidur
Tanpa sebak aku merasa kebingunggan
Lantas terlintas dalam benak ini
Jasadku merasai penderitaan ini
Walau zahirku cuba melupakannya.

Entah!
Aku mula mengasihani diriku
aku mula membedah rasa
Mungkinkah..
Hati in berjauh rasa
Atau...
Sebenarnya aku derita tanpa mahu menerimanya!

Kota Kinabalu
12/05/09

No comments:

Post a Comment