PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Tuesday, July 20, 2010

Bahagia yang tidak kunjung sampai

Katakan pada ku....
Wahai bulan yang mengambang penuh
Wahai langit yang di penuhi bintang gemerlapam

Katakan padaku
Wahai alam semesta
Wahai bayu yang mendinginkan malam ini

Katakan padaku
Wahai Kinabalu yang memuncak kelangit
Wahai hutan rimba yang melindungi alam

Apakah aku tidak harus berbahagia?
Apakah kebahagian itu bukan unutkku?
Apakah malangnya takdir hidup ini
Sehingga bahagia hanya singgah kemuka pintu
Dan tidak sudi masuk keruang hidup ini.

Katakaan padaku!
Jangan kau biarkan aku sendiri
Menyalahkan takdir dan menyesali malangnya
Perjalanan hidup seharianku.

Katakan padaku....


Kota Kinabalu
21/7/2010

Sunday, July 11, 2010

Membaca berita tentang:

" Seorang wanita telah membunuh diri kerana kecewa"

Memang...
Terlalu senang
Untuk menjatuhkan hukum
Terlalu senang untuk meletak salah laku orang lain
Ketika terdengar, terlihat dan mengatakan
Salah laku setiap insan.

Namun...
Pernahkha kita bedah setiap kesalahan?
Setiap langkah pendek yang diambil orang
Setiap salah membuat keputusan?
Adakah kita berada didalam diri mereka?

Ah!!!!
Kita menghukum, bodohlah orang itu!
Kenapalah berfikiran cetek!
Kenapa harus memilih jalan sengkat
Membunuh diri umpamanya?

Kawan!!!!
Kita tiada di dalan jiwa mereka
Kita tidak tahu apa yang ditanggungnya
Andai kita didalam kasutnya
Mumgkin itu juga langkah yang diambil.

Tuhan...
Ampuni dosa wanita lemah itu
Kerana kasih tidak berbelah bagi
Kerana cinta dan sayang cuma satu
Yang telah di dustai
Telah di ingkari
Telah dirampas
jalan bahagia cuma satu
Biar mengalah, asal ada yang boleh terus berbahagia...

Ampuni juga lelaki itu
Kerana kerasukan nafsu
Sekeping jiwa suci dan akur
Berhenti mengharap
Berhenti bernafas
Membuka jalan bahagia
Pada kekasih hatinya
Menunjukkan betapa besar cinta didalam jiwanya
Sanggup mati kerana cintanya cuma satu
agar terbuka besar mata dan mindanya
Kerana dia telah menghancurkan satu impian
Yang sudah diadun, di ikat hanya bakal dilabuhkan
dalam istana syurgawi
yang hancur dan hilang dialam maya.

Memang...
Terlalu mudah untuk kita mengutuk dan menyalahkan mereka
Andai ini terjadi pada kita
Apa langkah dan tindakan seterusnya
tegakah kita?
Bertahankah kita?
Hanya Tuhan yang tahu kekuatan kita.

Bintulu, Sarawak
July 2010

Terkapai sendirian

Duniaku bergegar lagi
Kehidupan bagai Tsunami menganas
Aku perlu dahan untuk bertaut
Aku perlu atap untuk berlindung
Namun disekeliling cuma kosong
tanpa cahaya,tanya suara

Duniaku bergetar lagi
Mana tangan-tangan terluhur
Mana suara-suara pendorongku
Aku tenggelam timbul
Kebinggungan dalam kesengsaraan
Tika berduka begini
Tiada tangan membimbingku
Tiada suara memujukku

Dan kini aku ketahui...
Ketika dalam kesusahan
Semua yang dianggap kawan menghilang diri
Tinggal aku terkapai kesedihan
Sendirian...

Miri, Sarawak
July 2010