PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Monday, September 6, 2010

Itu hasil percintaan kamu

Jiwaku panas membara
Panas bagai tumpahan lava gunung berapi
Jiwa ini sedih terseksa
Pilu yang teramat ngeri
Melihat anak tidak berdosa
Dibuang seperti sampah!

Tidak adakah rasa sesalmu
Tidak tersentuhkan jiwa halusmu
Mengapa tergamak membuat keputusan
kerana malu, nyawanya kau korbankan!

Salahkah kalau kau dipanggil berjiwa setan
Kerana memanggilmu binatangpun tidak layak
Kerana binatang tidak pernah membunuh anaknya
Malah melindunginya dengan penuh kasih sayang!

Jangan bunuh mereka
Mereka terjadi hasil dari percintaan kamu
Dua insan yang saling mengasihi
Kenapa kau bunuh anak itu
Itu hasil kasih sayang kamu
Kalau tidak mampu menyayanginya
Berilah pada insan yang memerlukan.


Tawau - 24/08/2010

No comments:

Post a Comment