PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Friday, October 7, 2011

Ibu

Pagi yang hening ini Membaca luahan rasa temanku tentang seorang ibu Lewat puisi menghambat rasa Ibu wanita terpilih olen Tuhan Melahirkan dan menyayangi kami Walau tetap ada silap sana sini Namun kau tetap mulia di hati kami. Ibu.. Tuhan berikan sekeping hati dan jiwa yang murni Berkorban demi kami semua Menjadi banteng pada kelemahan kami Menjadi pendorong agar terus maju Meluahkan kasih dan sayang selautan benua Apa lagi yang kami mahu Apa lagi yang kami sesalkan Hanya teerkilan kerana tak mampu membalas Walau setitik keringat pengorbananmu! Ibu… Semoga kau damai di sana Kami hanya dapat mendoakan Doa pada Tuhan yang satu Sebagai pembalas kasih sayangmu! Semoga Tuhan terus menyayangimu di sana Seperti kau menyayangi kami dahulu. October 2011 - KK

No comments:

Post a Comment