PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Sunday, July 11, 2010

Membaca berita tentang:

" Seorang wanita telah membunuh diri kerana kecewa"

Memang...
Terlalu senang
Untuk menjatuhkan hukum
Terlalu senang untuk meletak salah laku orang lain
Ketika terdengar, terlihat dan mengatakan
Salah laku setiap insan.

Namun...
Pernahkha kita bedah setiap kesalahan?
Setiap langkah pendek yang diambil orang
Setiap salah membuat keputusan?
Adakah kita berada didalam diri mereka?

Ah!!!!
Kita menghukum, bodohlah orang itu!
Kenapalah berfikiran cetek!
Kenapa harus memilih jalan sengkat
Membunuh diri umpamanya?

Kawan!!!!
Kita tiada di dalan jiwa mereka
Kita tidak tahu apa yang ditanggungnya
Andai kita didalam kasutnya
Mumgkin itu juga langkah yang diambil.

Tuhan...
Ampuni dosa wanita lemah itu
Kerana kasih tidak berbelah bagi
Kerana cinta dan sayang cuma satu
Yang telah di dustai
Telah di ingkari
Telah dirampas
jalan bahagia cuma satu
Biar mengalah, asal ada yang boleh terus berbahagia...

Ampuni juga lelaki itu
Kerana kerasukan nafsu
Sekeping jiwa suci dan akur
Berhenti mengharap
Berhenti bernafas
Membuka jalan bahagia
Pada kekasih hatinya
Menunjukkan betapa besar cinta didalam jiwanya
Sanggup mati kerana cintanya cuma satu
agar terbuka besar mata dan mindanya
Kerana dia telah menghancurkan satu impian
Yang sudah diadun, di ikat hanya bakal dilabuhkan
dalam istana syurgawi
yang hancur dan hilang dialam maya.

Memang...
Terlalu mudah untuk kita mengutuk dan menyalahkan mereka
Andai ini terjadi pada kita
Apa langkah dan tindakan seterusnya
tegakah kita?
Bertahankah kita?
Hanya Tuhan yang tahu kekuatan kita.

Bintulu, Sarawak
July 2010

No comments:

Post a Comment