PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Sunday, July 11, 2010

Terkapai sendirian

Duniaku bergegar lagi
Kehidupan bagai Tsunami menganas
Aku perlu dahan untuk bertaut
Aku perlu atap untuk berlindung
Namun disekeliling cuma kosong
tanpa cahaya,tanya suara

Duniaku bergetar lagi
Mana tangan-tangan terluhur
Mana suara-suara pendorongku
Aku tenggelam timbul
Kebinggungan dalam kesengsaraan
Tika berduka begini
Tiada tangan membimbingku
Tiada suara memujukku

Dan kini aku ketahui...
Ketika dalam kesusahan
Semua yang dianggap kawan menghilang diri
Tinggal aku terkapai kesedihan
Sendirian...

Miri, Sarawak
July 2010

Thursday, April 1, 2010

Dendam Lama

Ketika menadah kedua tangan
Ketika sujud menghadap Tuhan
Ketika lidah kelu dan kaku
Tiada madah dapat di bicarakan
Hanya pasrah pada kudrat...

Doa dalam hati tidak pernah bernoktah
Agar dendam yang membeku
Menjiwai segenap darah dan daging
Dendam membara yang tak pernah padam
Pada insan bergelar lelaki!
Benci menebal pada insan bernama suami
Yang dipanggil ayah!

Dendam lama masih menghantui
Biar zaman saling berganti
Mengharap kehancuran baginya
Kerana menghancurkan hidupnya!

Namun taubat mengamit diri
Siapalah dia yang harus menghukum
Siapalah dia yang harus mendendam
kerana cuma manusia biasa
Punya hati yang hanya segenggam
Nyawa hanya pinjaman!

Taubat mengamit terus
Doa terus dipanjatkan
Agar lembut hati yang waja
Agar sejuk jiwa yang marah
Agar memaafkan kesalahan yang kecil
Agar cair dendam lama.


Labuan - 6 march 2010

Monday, March 1, 2010

APA BILA DIRI DIANGGAP BEBAN

Dalam saat kegembiraan dan dalam saat tenaga masih segagah besi ini terkadang ada hati mengamit dan melambai mempelawa diri singgah ke Istana Warga Emas yang menyendiri jauh dari kesibukan kota, keangkuhan metropolitan. Sesekali menjenguk ibu ibu dan papa papa disana, membuatkan hati kita tersentuh dan melihat pada "kasut" sendiri.

Aku meletakkan diriku ditempat mereka, tubuh lemah duduk dikerusi roda dengan mendengar celoteh rakan senasib dan layanan anak-anak gadis yang prihatin dan punya kesabaran melayan karenah yang berbagai bagai. (Anak sendiripun mungkin tidak punya kesabaran begini!)

Airmataku mengalir perlahan, sebak mencengkam seluruh nadi yang bernafas di tubuhku dan langsung air mata jatuh bagai mutiara terlepas dari tali, tidak dapat kutahan lagi!

Aku terfikir...bakal beginikah nasib yang menimpaku nanti? Akan kesepian dan terbuangkah aku disini?

Kecut! Takut! Sedih! Ah semua kuletakkan di tangan MU Tuhan, andai begini suratan....

Namun apa yang membuat aku sedih dan berbangga menjadi ibu, Walau terbuang disini, walau di tinggalkan disana, cuma di jenguk sesekali, ibu-ibu tidak pernah menyalahkan anak anak, semua noda-noda hitam cuba di tutup dengan semurnian kasih sayang mereka. Tidak terdengarpun mereka menyesali diri, kecewa kerana sendirian bersama rakan senasib.

"Anak-anak sibuk, kasihan mereka mahu menyara anak anak dan keluarga mereka, mereka kasihan mama tiada yang jaga dengan baik, disini tempat yang sesuai, mama punya ramai kawan, mereka sering datang melawat mama, kami bahagia disini, kalau di rumah, mana ada suasana begini," Terguris hatiku, aku juga wanita, aku juga ibu, aku tahu, mereka menyimpan cerita sendiri, rahasia sendiri, cuba tersenyum biar derita, cuba tertawa walau itu bagai lembing menusuk jiwa!

Doaku buat mereka semua, agar sentiasa sihat dan bahagia walau dapat menikmati bahagia walau cuma bagai secubit garam rasanya.

Benar kata pepatah "Seorang ibu dapat memelihara sepuluh anak namun sepuluh anak tidak dapat memelihara seorang ibu" walau bukan untuk semua anak anak, namun jadikanlah pepatah dan pengalaman ini, untuk saling sayang menyayang, menghormati yang tua dan ingat pada ajaran Tuhan.

January 2010 - Istana Warga Emas, Papar

KOSONG

Hidup ini...
Berselubung dengan warna warna duka
Kucari jalan menutup derita
Namun hanya lenyap seketika
Derita tetap muncul

Derita tidak akan meninggalkanku.
Andai derita itu manis rasanya
Andai derita itu indah warna warnanya
Andai derita itu romantis pelangi senja
Akulah insan paling beruntung!

Namun ia membuatku
Nafas nadiku bagai riuk riuk api lilin
Bagai malapnya api pelita
Lemah bertahan teguh
Dari malap dan terus padam
Dan...
Aku bagai secubit kekuatan yang ada padanya
Menanti bila tiba saat padamnya cahaya
Menanti di panggil pulang
Oleh Pencipta
Dan kembali menemui ayah dan ibu
Yang akan terus menyayangiku
Selama lamanya.

Hong Kong - January - 2010

Friday, December 4, 2009

Pelangi tanpa warna

Sendirian...
Merenung mereka berkeliaran
Berlari penuh kegembiraan
Di Taman penuh kembang berwarna warni
Aku mengeluh...
Mereka punya taman
Indah berwarna warni penuh kecerian,
Dan aku...
Cuma ada taman yang tandus
Kering kontang bagai padang pasir

Mereka ceria
Mengejar pelangi
Jalur kasih sayang
Pwnuh belai manja
Dan aku...
Cuma ada kesuraman
Tiada kilas cahaya
Hidup penuh kegelapan
Bagai kemarau panjang
Gersang kekeringan

Mama!
Papa!
Kenapa aku kamu tinggalkankan
Kata nenek Tuhan sayang kamu
Dan menjemput kamu berdua
Jadi?
Tuhan tak sayang aku?
Kenapa aku di pisahkan dari kamu?
Kenapa aku ditinggalkan sendirian?
Kenapa Tuhan tak sayang aku
Seperti DIA sayang mama dan papa?

Dan ...
Aku hidup menyusuri pelangi
Yang suram tanpa warna
Yang sering menangis kesepian
Melihat anak-anak yang ada di taman setiap hari
Punya mama
Punya papa
Menyayangi dan memimpin tangan mereka
Membelai mereka bila menangis
Aku?
Siapa yang membelaiku ketika ku menangis sendirian
Nenek kata
Aku harus belajar menerima takdir!