PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Monday, March 9, 2009

Pemburu bayang

Menghadiri Persidangan Persuratan Dan Kebudayaan Kebangsaan yang berlangsung dari 6-8 hb March 2009, meninggalkan banyak faktor-faktor positif dalam diri saya, selain dari dapat menimba banyak pengetahuan dan mengenal pasti apa ertinya perpaduan dalam budaya dari mesej-mesej yang disampaikan dalam pembentangan kertas kerja oleh tokoh tokoh sastrawan yahg terkenal, saya juga mendapat satu pengalaman yang amat beharga sekali bila dapat bertemu dengan kawan kawan baru dari Johor, Kuala Lumpur, Sarawak, Brunei, Labuan dan dalam negeri Sabah sendiri.

Tahniah saya ucapkan pada BAHASA dan semoga usaha begini akan berterusan.

Sebenarnya tujuan saya menulis ini bukanlah hendak memberi komen tentang persidangan cuma mahu berkongsi pengalaman yang saya dan beberapa teman dapat ketika berkampung bersama selama tiga hari dua malam.

Kembali ke bilik, kami berbincang tentang topik topic kertas kerja yang telah dibentangkan, sehinggalah timbul keinginan kami untuk menulis satu antoloji cerpen bersama yang bakal banyak memperkatakan tentang Budaya Sabah khasnya (walaupun kami boleh di katakan satu rumpun bangsa tetapi dari segia bioloji dan geografi, kami mempunyai banyak perbezaan dalam segi adat, bahasa dan budaya). Setelas puas berduskusi yang agak serius topiknya kami mula mencari jalan untuk menenangkan fikiran dan salah satu dari kami berjenaka dan mengatakan menghadiri persidangan itu membuatkan dia seperi kembali aktif, seperti zaman remaja dulu dan secara spontan kami tergelak dan mula mengungkap kembali zaman remaja, zaman persekolahan, zaman mula mula mengenal alam percintaan.

Lantas kami salurkan jenaka kami dalam puisi yang spontan tetapi menarik dan boleh di perbaiki lagi.

PEMBURU BAYANG

i

Di sini...
Ada cinta berputik
Ada kasih tersemai
Ada rindu mengamit

Sekelip mata
Sepatah bicara
Terkuit semacam rasa di jiwa
Lidah kelu tanpa bicara
Jiwa bergelora mengatur langkah

Dulu tidak pernah terdengar namamu
Apa lagi mengenali dirimu
Namun...
Disini...
Setiap detik namamu dibibirku.

Lantas...
Membuatkan aku menjadi resah
Mandipun rasanya tak basah
Apalagi makan, macam tak kenyang
Tidur tidak pernah lena
Wajahmu, namamu, bayangmu dimana-mana.

Adakah aku pemburu bayangmu
Kenapa terjadi pertemuan di persimpangan ini
Kasih telah berputik
Walau bukan bakal kumiliki.

(Kami ketawa bersama dan salah seorang menyampuk)

Argh!!! Kalau kau tahu
Cinta itu bukan milikmu
kenapa harus menyusahkan diri
lebih baik jadi unggas
kesana kemari bebas....


Ah! Apakah kau tidak tahu
pepatah mengatakan
Lautan api akan kurenangi
Puncak gunung akan kudaki
Asalkan cinta dapat kumiliki!
Jangan mudah berputus asa
Biar putih tulang jangan putih mata!

Apakah kau tidak pernah terdengar
Berapa banyak tangan yang terbakar dan patah
Ketika merenangi lautan itu
Dan berapa banyak kaki terseliuh
Ketika mendaki gunung itu???

(Dan kami tertawa lagi, puisi ini semakin hangat dan membuat kami bahagia, puisi spontan ini adalah karya bersama dengan Rosaline Oliver, Laurasiam O. Lidadun, Welnee Joykin)

Apapun tanpa disedari kami sebenarnya telah mengikat satu semangat perpaduan, antoloji kami tetap akan terbit nanti dan satu yang kami pelajari tentang perpaduan ia lah, saling menerima dan saling menyetujui.

Kami kembali kealam dewasa, balik ke-istana masing masing, berjumpa keluarga dan akan terus meniup api perpaduan antara kaum yang berbilang bangsa, etnik budaya, adat dan bahasa.

Terima kasih sekali lagi atas usaha Badan BAHASA dan DBP dan semoga Resolusi persidangan mendapat perhatian and tindakan positif dari peminpin negara.

1 comment:

  1. Wah, hebatnya puisi2 ini, tati :)

    pasti ada banyak lagi yg lain kan...?

    ReplyDelete