PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Thursday, March 19, 2009

Warga Prihatin di Bukit Padang


Subuh tadi saya mengikuti suami saya berjoging di Bukit Padang dan mendaki bukit yang memang terkenal di kawasan Bukit Padang.

Dalam dingin subuh saya terlihat dua orang lelaki warga emas sedang membaiki papan-papan di sepanjang jalan menaiki bukit tersebut. Tangan kiri memegang beberapa kayu beruti dan tangan kanan membawa tukul.

Sayu hati saya, tergamit kesedihan dalam jiwa saya. Kasihan pada mereka yang sudah berusia tetapi begitu prihatin dan bertanggung jawab. Sedangkan yang mengunakan laluan itu untuk kesihatan jasmani mereka terdiri dari berbilang kaum, usia dan darjat.

Saya rasa mereka adalah di antara orang-orang yang mula-mula mengunakan jalan kecil, di antara semak samun untuk berjoging dan merekalah di antara orang yang bertangung jawab merentas dan membuat jalan agar ramai yang dapat mendaki bukit tersebut.

Apa yang membuatkan saya tersentuh adalah sifat keprihatinan mereka, berbelanja untuk membeli kayu-kayu beruti dan mengunakan tulang empat kerat mereka untuk memperbaiki laluan ke atas bukit itu. Andai suatu hari mereka sudah tidak mampu lagi meneruskan tugas ini, siapakah akan membuat kerja-kerja charity yang mereka buat sekarang?

Masih terbayang wajah dua lelaki tua yang sudah memang harus di panggil atuk, yang mungkin sudahpun bersara, dengan wajah penuh kerutan menahan penat dan lelah mereka, tubuh basah mandi keringat, meneruskan pendakian mereka sambil memperbaiki jalan ke puncak bukit. Namun pada wajah mereka terbayang keiklasan dan ketenangan.

"Kalau suatu hari nanti, Tuhan memanggil mereka pulang, jalan ke-Syurga terbuka luas, terang dan aman bakal mereka lalui nanti,"kata suami saya dan saya percaya pada kata-katanya.

Bukit Padang

19/3/09

No comments:

Post a Comment