PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Sunday, March 15, 2009

Suara semut-semut kerdil

Kami bukan orang ternama
Tidak juga punya apa-apa kuasa
Hanya semut-semut kerdil
Ditiup anginpun kami musnah
Namun kami mau juga bersuara

Kami tidak tahu apa itu permusuhan
Apa itu peperangan
Dan kenapa mesti ada persengketaan
Kenapa mesti ada peperangan!

Kami tidak faham kenapa mesti menceroboh orang
Kenapa mesti menghantar anak-anak muda ke sempadan mereka
Kenapa mesti mereka gugur disana
Masa depan mereka bernoktah dengan darah
Hanya bendera kenegaraan menyelimuti mereka
Menghantar mereka kepersemadian kekal.

Kami tidak tahu
Kenapa orang-orang besar
Tidak boleh diam dalam sangkar mereka
Memajukankan tempat sendiri
mengamankan tempat sendiri
Yang masih lemah
masih perluka bantuannya
Yang masih banyak kebulur.

Kami juga tidak tahu
Kenapa...
kera di hutan disusukan
Anak di rumah di tinggalkan.

Kami juga tidak tahu
Apakah ini kerana tamak?
keegoan?
Kebencian dalam diri membuat mereka kejam
Atau mereka tidak faham ajaran Tuhan
Atau pura-pura faham untuk berselindung
Membaling batu dan menyembunyikan tangan.

Kami cuma semut-semut kerdil
Ditiup anginpun kami akan musnah
Tapi kami masih mau bersuara
Kerana ada yang bersuara
Namun cuma sampai di tangga pintu
Tidak sampai ke dalam ruang besar
Dan kalau sampaipun
Tiada telinga yang mendengar
Tiada mata yang melihat
Tiada jiwa yang tersentuh!


Kami cuma semut-semut kerdil
Namun kami tahu apa itu keamanan
Apa itu perpaduan
Segumpal rezeki kami kongsi
Istana kami, kami jaga
Kami harmonikan
Tidak terlintas menyerang istana orang
Apa lagi memporak perandakan orang lain
Kerana kami percaya kekuatan kami
Adalah perpaduan
Hormat menghormati
Dan bersyukur pada apa yang kami dapat
Kami tidak rela melihat penderitaan
Hanya kerana kerakusan kuasa orang besar-besar!

No comments:

Post a Comment