PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Saturday, April 25, 2009

DUIT???


Pengalaman membuatkan saya mendapat pengajaran, kesedaran dan kekuatan. Kalau bilang mencari duit, puas saya cuba usaha dan usaha saya memang berbaloi dengan jerih payah saya. Tapi terkadang saya memikirkan apakah duit dapat membeli dan memberi semua apa yang saya idamkan.


Ketika ini saya akan mengeluh dan menjawab sendiri, pasti wang itu adalah segala- galanya di dunia ini, tanpa wang kita terus akan menderita sengsara, kerna selangkah kita bergerak semua perlu wang, perlu duit! Tapi kesimpulannya wang tidak dapat membeli kebahagian!


Semasa remaja saya sering impikan untuk ada rumah besar, ada kereta dan ada kerja yang baik, bergaji besar! Hari hari dalam doa saya, ini yang saya minta pada Tuhan. Dan...Tuhan mengabulkan doa saya.


Sekarang pula saya sering terbuai dengan nostalgia lama semasa membesar dalam keadaan yang serba kekurangan, namun masa itu kebahagian yang saya rasai terlalu indah jika di bandingkan dengan sekarang. Dan saya mula menilai erti wang ringgit.


Dalam keadaan sekarang saya lebih pentingkan kebahagian dalam bentuk kasih sayang bukan kebahagian dalam bentuk material dan wang. Pernah Doktor menasihati saya "Buat apa kerja yang memberi banyak ganjaran tetapi membuat diri kamu stress dan sakit!"


"Lebih baik kamu cari kerja yang tidak membuat kamu tension gila biarpun gaji keci, tapi environment kerja yang baik dan selesa," sambung doktor itu. Saya percaya pada doktor dan setuju akan pendapatnya. Tapi kata orang kalau menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan, dan kerana sudah terjerumus dengan kerja yang kadang kala membuat saya stress gila, saya akan teruskan usaha selagi mampu dan dikehendaki. Bila sudah tension, kertas lah yang menjadi mangsa tempat saya meluahkan rasa.


Apapun duit itu penting, bohong kalau orang bilang tidak penting, kerana itulah yang membuatkan hidup kita berwarna warni.

No comments:

Post a Comment