PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Wednesday, April 15, 2009

UNTUK RENUNGAN


Hari ini, saya terbaca satu artikel tentang menjadi ibu dan bapa yang baik. "Are you an overly Involved Parent?" by Alexandra L. BArzi, Ph.D. Satu artikel yang baik untuk di baca dan membuka minda kita sebagai ibu dan bapa.


Memang kita sebagai ibu dan ayah tidak pernah menghadiri kelas bagai mana untuk membesarkan anak dengan baik. Bukan seperti memandu, kita kena hadir kelas dan belajar memandu supaya kita tahu macam mana mengendalikan kereta dalam aspek keselamatan, peraturan dan keselesaan.

Tapi membesarkan anak, kita tidak pernah ikuti kursus, lebih-lebih lagi ayah dan ibu yang terdahulu, ibu bapa kita sendiri. Mereka dan kita sendiri, mendidik dan membesarkan anak berdasarkan pada pengalaman dan kadang kadang pengaruh dari orang tua kita sendiri. Kita juga mahu di lihat sebagai ibu bapa yang berjaya menjadi parent yang baik. Artikel yang saya baca tadi mengajar bagai mana kita menjadi parent yang baik, kita memang mahu anak kita berjaya dan berhemah. Setiap langkah anak-anak kita perhati dan kita buat garis panduan, mana yang patut dan mana yang tidak patut di ikuti (dicontohi).

Dalam kehidupan seharian, kita juga sering risau, takut anak-anak terjerumus dalam kegiatan yang tidak baik dan untuk mengelakkan ini, kita menghantar anak-anak untuk menghadiri aktivi-aktiviti selepas kelas habis. Kita mahu pastikan setiap saat tidak di bazirkan oleh anak, kita mahu setiap masa terluang itu di isi dengan berbagai-bagai aktiviti sebelum kita menjemput mereka pulang, lebih-lebih lagi kalau kedua ibu bapa bekerja. Ini lah yang sering kita lakukan, apa pun alasannya, kenapa kita lakukan semua ini bukan untuk menyusahkan anak-anak, tetapi mahu melihat anak-anak berjaya, pintar dan setanding dengan anak-anak orang lain dan kita tidak rela melihat anak-anak terjerumus dengan kancah-kancah yang tidak baik. Tanpa kita sedari perbuatan kita itu meletihkan anak-anak, pernahkah kita terfikir tentang mereka, apakah mereka larat untuk menerima tekanan ini? Menghadiri aktiviti dan program yang kita atur untuk mereka. Mereka sebenarnya terlalu letih, stress dan penat.

Kita juga sebenarnya menanam rasa bersalah, kerisauan dan takutkan kegagalan dalam jiwa mereka. Anak-anak yang terlalu tertekan dengan kongkongan kita menjadikan diri mereka takut untuk membuat keputusan, menyelesaikan masaalah sendiri dan dengan terlalu mengongkong mereka, kita sebenarnya membunuh kemampuan mereka untuk berdikari dan menumpulkan bakat semula jadi mereka.

"Children who are over are overparented, might not feel they're not trusted by their parents. They can become overly dependent, become angry and resentful."

Menjadi ibu dan bapa yang memahami anak adalah, memberi sokongan dan mengasihi dan memyayangi mereka bukan kerana pencapaian mereka tetapi menyayangi mereka seadanya...

( Inilah serba sedikit yang dapat saya fahami bila mambaca artikel tersebut, namun tidak dapat di nafikan, sebagai ibu bapa kita mahu yang terbaik untuk anak-anak agar bila dewasa nanti mereka tidak diperbudakkan dan dapat mengejar kebahagian mereka, kita sebagai orang tua mereka, hanya bisa tersenyum puas atas kecemerlangan mereka dan tumpang bahagia. Saya masih ingat pepatah orang tua-tua dulu, "sayangkan anak, tangan-tangankan." Mungkin agak lapok untuk generasi sekarang, tetapi sayaa percaya apapun ada batasnya. Kebebasan untuk anakpun ada batasnya.)


Tuaran, April 2009

No comments:

Post a Comment