PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Friday, April 10, 2009

Kesedihan


Mengenang nostalgia lalu
Membuat hati ibu dan ayah riang
Warna warna kebahagian dan kegembiraan
Membaluti satu harapan
Suatu hari kau bakal menjadi insan berguna
Menjadi kekuatan buat ibu dan ayah.
Mengingati kembali bagaimana kau membesar
Mewah dengan kasih sayang dan perhatian
Harapan ibu dan ayah bertambah kental
Kau tetap berjaya dan berbahagia.
Merenung kembali hari-hari berlalu
Bagaimana kasih dan sayang
Tumpah padamu tanpa dikira nilainya
Mahu mempastikan kau tidak bakal kecewa
Tidak akan menderita
Ilmu tidak kurang dilimpahkan.
Namun...
Sekelip mata masa berlalu
Anak yang sesuci kain putih
Bertukar menjadi warna yang pudar
Sekilas pandangan kau terjatuh
Terjerumus dalam kancah najis najis jijik
Betapa hancur hati ibu dan ayah.
Tiada siapa yang dapat menawarkan kesedihan itu
Tiada siapa yang dapat menghiburkan jiwa itu
Tiada sapu tangan yang cukup tebal
Buat mengeringkan deraian air mata ibu
Buat menyambut titis air mata si ayah.
Sesal ibu dan ayah tiada bertepi
Mengapa sekilas pandang kau berubah
Perjalan hidup ibu dan ayah terlalu siksa
Setiap langkah bagai sumpah seranah
Berperang dengan kekecewaan dan penyesalan
Sesalan tiada bertepi
Mengapa hidup harus begini
Berakhir dengan kesedihan
Sedangkan kau adalah harapan mereka
Kekuatan mereka
Syurga mereka yang bertukar menjadi neraka!
Kota Kinabalu
11 April 2009

No comments:

Post a Comment