PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Tuesday, June 14, 2011

CORETANKU


Terbangun pagi ini dengan kerinduan membalut diri. Aku rindu pada mama dan papaku. Air mata mengalir, lalu kutulis coretan hati ini buat semua renungan bersama.

Terbayang kembali beberapa lawatan kerumah warga tua dan setiap hari terkenangkan ibu dan papa yang berada disana, hatiku terluka dan kerinduan dan sesal terus memeluk diri.

Pernah seorang ibu berkata sambil menangis "Dulu masa anak-anak kecil, bila mereka nakal, ibu selalu ugut mahu halau mereka keluar dari rumah, sekarang mereka sudah dewasa, tidak payah halau, mereka yang meninggalkan ibu!"

Subuh tadi aku menangis lagi teringat keluhuran hati orang tua yang membawa kita kedunia ini, yang sekarang ini tanggung jawab mereka kita sambung, tidak pernah mereka salahkan kitakan? malah mereka menyalahkan diri mereka kerana terlalu keras pada kita dahulu!

Tidak ada apa yang boleh kita balas pada mereka, walau kita keringkan darah dari tubuk kita, setitik keringat merekapun saya rasa kita tidak dapat balas! Kita hanya dapat berdoa semoga mereka dipanjangkan usia, sihat dan bahagia selalu dan pada mereka yang sudah meninggalkan kita, hanya doa dapat membantu mereka , agar mereka dapat ditempatkan di Syurga bersama orang orang yang beriman.

Dan...kini, mari kita letakkan diri kita di tempat mereka dulu...


kota kinabalu - 28/04/2011

No comments:

Post a Comment