PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Tuesday, June 14, 2011

SELAMAT TINGGAL GONSURAI


Selamat tinggal Gonsurai


Bukan senang untuk mengucapkan
Selamat Tinggal padamu Gonsurai
Suatu ketika dahulu...
Padamu tempat kami berhubung
Padamu tempat kami mengadu

Bukan kami lupa daratan
Bukan kami tidak menghargaimu
Nenek moyang kami yakin padamu
mentera dan petuamu
Jadi panduan dan pelita
Oleh nenek moyangku

Namun tiba masaku
Aku terpaksa mengucap selamat tinggal
Kerana peredaran zaman
Selamat tinggal Gonsurai
Walau kami tidak menganggumu lagi
Namun kami masih menyimpan
Khazanahmu, kepercayaan nenek moyang
Menjadi warisan buat jenerasi baru
Bahawa suatu ketika dulu
Padamu tempat nenek moyangku mengadu
Kepadamu tempat nenek moyangku memohon perlindungan.

Gaung toitom, Sunduk toitom, Sundavang, Kombuongoh
Tetapku simpan sebagai
Warisan pusaka
Yang tinggi nilainya!

Tumodoo kono Gonsurai...


Kota Kinabalu
March 2011

No comments:

Post a Comment