PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Sunday, June 12, 2011

Resahku

Hati sering diketuk rasa resah
Ingin tahu apa bakal terjadi esok
Ingin bertanya adakah bahagia datang esok
dan ingin tahu apakah derita akan berakhir esok!

Hati sering dibaluti rasa takut
Adakah aku akan sendirian besok
Apakah aku akan kehilangan lagi esok
Apakah kegelapan akan datang lagi esok!

Maaf!
Keimananku tidak kental besi waja
Kesabaranku tidak segagah Gunung Kinabalu
Aku sudah jera!
Aku sering terluka!
Aku sering di lukai!
Aku selalu dilupakan!
Dan aku selalu pinggirkan!

Resahku membaluti diri setiap detik nadiku
Sedetikpun tiada sinar tulus kebahagian
Yang ada cuma tawaria lakunan semata!

KK 13th June 2011

No comments:

Post a Comment