PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Wednesday, August 17, 2011

BRING THEM BACK HOME!




Merenung tapak yang kosong
Hanya tinggal kesan runtuhan
Sebatang besi masih angkuh berdiri
Yang pernah menyokong
Bangunan World Trade Center

Andai besi itu bisa berbicara
Pasti luahan bahagianya
Terlukis
Dan
Andai dia bisa bercerita lagi
Pasti tercetus derita
Airmata dan sesal dari hatinya.

Merenung tapak yang kosong
Dipagari besi besi waja
Hatiku tersentuh disini
Jantungku berdegup pantas
Seperti dapatku bayangkan
Kengerian
Bila dua burung besi gergasi
Menyerang bangunan segak dan ternama itu.

Jiwaku bak ditusuk sembilu
Pasukan penyelamat
Angota keselamatan
Sanak saudara
Sahabat handai
Orang yang prihatin
Masih berada disini
Seolah-olah masih menunggu harapan
Ada nyawa yang bisa diselamatkan
Ada mayat dapat ditemui lagi!
Biar sudah setahun berlalu
Biar runtuhan sudah di bersihkan
Yang tinggal cuma
Satu kawasan lapang yang berlobang luas!

Dibelakangku
Sekumpulan insan yang prihatin
Yang sayangkan
Nyawa saudara
Mengibarkan slogan
Beriringin secara aman
dan memohon simpati sesama insan
agar dikembalikan
Pejuang negara yang dihantar untuk membalas dendam
Bring them back!
Bring them back!
Bring them back home here in USA!

Debaran didadaku terasa pantas sekali
Bila menyambut pamplet dari tangan seorang ayah
Yang berkata
Aku kehilangan adik disini
Dan mungkin akan
kehilangan anakku lagi.

Air mata seorang abang dan ayah itu
Membuat darahku mendidih!
Andai aku punya kuasa
Akanku sentuh jiwa jiwa angkuh
Yang tidak punya perasaan
Untuk menghargai keringat yang mengalir
Apa lagi darahyang tumpah!
Dan
Andai aku punya kuasa
Akanku sumpah Mahluk mahluk perosak itu
Yang berhati setan bertuhankan kekuasaan dunia
Menjadi anjing jalanan
Diherdik dan di sepak sepanjang masa!

Aku tertanya tanya
Kenapa mereka harus mati
Kalau mati ditanah air sendiri
mempertahankan nusa dan bangsa sendiri
Mereka itu memang hero!
Pejuang!
Perwira!
Pendekar!
Tapi untuk mati ditanah orang
Atas misi yang kabur
Siapalah mereka itu!
Seperti mati katak saja!

Wahai pemimpin negaramu...
Bring them back home!
Bring them back home
kerana negaramu pasti memerlukan mereka nanti
Bila dendam mereka tumpah keatas negaramu
Bila peluru tak bermata
Menghala kearahmu!




New York 25/11/04

No comments:

Post a Comment