



Kita sering terdedah dengan segala macam percobaan ketika menyelusuri liku-liku jalan. Terkadang kita tersandung, jatuh, tergelincir namun bangun dan terus melangkah kehadapan. sesekali kita menoleh kebelakang untuk melihat apa yang kita tinggalkan.
Adakalanya kita tidak mahu menoleh kerana jalan-jalan yang kita lalui itu penuh onak dan duri! Kita tidak mahu memikirkan derita dan kesusahan lalu! Namun sebagai manusia yang lemah, yang sering tersandung dan terngadah, kita tidak dapat melupakan sejarah lalu! Ia tetap bersatu dengan diri kita, menjadi penerang, petunjuk jalan agar jaangantersilap langkah lagi!Agar jangan mengulangi dan merintasi jalan yang gelap dan salah!
Perjalanan hidup ini sebenarnya memerlukan kecekalan, kesabaran dan tolak ansur, kerana tiada jalan yang tidak berliku!
No comments:
Post a Comment