PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Sunday, August 7, 2011

Renungan Bersama



Kita sering dikejutkan dengan berita, keganasan, rusuhan, keruntuhan ahlak, bencana alam dan berbagai-bagai berita yang menyedihkan, tidak dapat diterima oleh akal yang siuman! Kita berastagafar berkali-kali, simpati dan ngeri bertapak di jiwa. Namun pepatah orang tua-tua, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul!

Anak di rogol oleh bapa sendiri, anak di bunuh oleh orang tua sendiri dan sebaliknya! Mangsa-mangsa perang, mangsa-mangsa bencana alam bukan pinta mereka, kita cuma ikut simpati dan bersedih! Mereka mengeluh, adilkah ini semua? Dan kita hanya dapat mengeleng-gelengkan kepala, mengapa? Kenapa?

Antara sedih dan sesal, kita bersyukur kerana malapetaka tidak menimpa kita, saudara kita dan negara kita. Sesal dan mula rasa mahu bertaubat, kerana menyedari malang datang tanpaa diundang tanpa pesan. Dia datang sesuka hatinya! Dan semua itu member kita amaran bahawa ajal datang bila-bila!

Kesedihan
Tragedi
Pembunuhan
Kebencian
Dan airmata.

Kerakusan
Ketamakan
Keganasan
Kegelisahan
Kemarahan
Ketidak puasan hati.

Kita tersepit di celah-celah
Persengkataan
Kita serba salah
Siapa harus dipersalahkan.
Mungkin ada baiknya
Kita taburkan nilai kasih sayang
Kita curahkan timbunan cinta dan keprihatinan
Agar jalan lurus ke Syurga
Menjadi panduan generasi baru agar ada rasa kesyukuran
Ada hati yang budiman
Ada jiwa yang pengasih
Agar kekuasaan setan dapat dilawan!

August 2011, Kota Kinabalu

No comments:

Post a Comment