PERMATA HATIKU

PERMATA HATIKU
Anak-anak adalah pendorong untuk aku terus melangkah kedepan, mengharungi onak dan duri. Kerana mereka aku masih bertahan dan akan terus menyayangi mereka selama-lamanya.

Sunday, August 7, 2011

Kasih sayang


Walau di hujung dunia
Walau di pelusuk rimba
Bukan hanya manusia
Yang tahu membaca isi hati
Walau setinggi mana burung terbang
Walau sedalam mana ikan berenang
Kasih sayang memberi mereka kebahagian.

Apa erti bahagia tanpa kasih sayang
Biar miskin harta dunia
Jiwa tidak akan sepi dan menderita
Kerana kasih sayang
Tidak boleh dibeli dengan kekayaan
Ia bersemadi dalam jiwa
Yang tulus iklas dan penyayang.
Sedangkan unggas tahu ia disayangi
Apa lagi kita mannusia
Yang sempurna akalnya.

Melbourne, Australia April, 2010

No comments:

Post a Comment